Telegram Group Search
yang menentukan kamu semakin sabar atau tidak adalah ketika kamu tahu akan aib seseorang dan terbukanya pilihan untukmu sama ada ingin memanjangkannya atau ia akan terhenti setelah sampai kepadamu.
istikharah dan istisyarah ni dibuat bukan waktu nak pilih pasangan ja tau. waktu nak pilih pemimpin pun jangan tinggal dua ni juga. ok?
selamat memilih
“bantu aku untuk berubah.”

“boleh!!!”

“riak muka tadi nampak ok, tapi sekarang kenapa berubah?”

“ada yang aku risaukan.”

“apa??”

“aku pernah pujuk orang jaga solat lima waktu, tapi aku tak mampu paksa orang lain untuk terus...”

“istiqamah??!”

“iyaa...”

“begini... kau kenal kan aku macam mana? aku bukan jenis buat kerja separuh jalan. kau yakin kan dengan aku. tapi perkara itu yang menggangu fikiranmu sekarang?”

diam. tanpa kata. sambil dia senyum menyambung kerjanya. aku tatap senyuman itu, lalu ku palingkan wajah ke arah lain. ya, ada sedikit keluhan.
-
betul la kata orang, istiqamah itu payah. sebab itu tak pernah lekang dengan frasa, 'semoga istiqamah'.
Jannatul Makwa'
kalau diberi peluang untuk kembali ke masa lalu... korang pilih yang mana satu?
andai kata aku diberi peluang—
memutar kembali masa
untuk padam segala memori
sakit, duka dan juga kecewa,
aku akan pilih untuk menetap di sini, pada masa kini.

kerana;
tanpa sakit itu— aku tak kan kenal erti bangkit
tanpa duka itu— aku tak kan rasai nikmat suka
tanpa kecewa itu pula— aku tak kan mampu mengecap bahagia

mustahil untuk rasa bahagia sentiasa
pasti juga diuji dengan rasa yang lain juga kan?

nampak seimbang
dengan ibrah di sepanjang jalan

tulusly,
terima kasih untuk semua rasa yang dilalui
syurga bukan sekadar tempat yang diimpikan, tetapi perlu diperjuangkan.
“sudah solat?”

seakan ditegur lembut oleh Allah melalui hambaNya kepada kita.
saya minta maaf sebab tak mampu jadi active macam orang lain.
saya minta maaf sebab selalu kejap-kejap muncul dalam misi saya nak spread awareness.
saya minta maaf sebab saya tak normal macam orang lain. semangat kerja saya tak sama macam orang lain yang dah berjaya ke depan.
saya minta maaf sebab bila dah ada peluang maju ke depan tapi saya tolak. saya tak kuat nak hadap makin banyak notification dari followers. dulu... makin ramai followers, ketakutan saya semakin bertambah. sebab itu saya berpatah balik ke belakang. total zero dari bawah dan ini yang membahagiakan saya.
saya minta maaf dengan kelemahan yang saya masih ada.
saya minta maaf andainya saya tak mampu bantu.
saya tak kecewa dengan keadaan saya malah kebanggaan terhadap diri saya lebih besar.
cuma, saya rasa bersalah kalau ada yang berharap saya pulun macam kalian tapi kadang saya mampu, kadang macam chipsmore.
alhamdulillah, setiap hari saya berjaya survive tanpa expectation orang lain.
saya ok je. roller coaster mood tu normal + saya kena biasa control diri since all the strength is from myself.
saya ok je. saja nak bagi meriah sikit channel ni.
Ya Allah, bring happiness to every heart that is suffering in silence. Aameen
nak dijadikan cerita, saya pernah attend meeting yang saya buat-buat bodoh.

saya jadi introvert sebab saya tak nak ada big conflict sebab i aware existence of toxic people there.

finally, balik rumah ja saya koyakkan semua proposal (ehh, tidak la sampai macam tu sekali. buat relek jer. stress sikit), terlalu banyak weakness yang saya tak mampu tegur.

akhirnya my prediction correct, outcome dia betul-betul negative.

saya rasa macam tak berguna sebab saya buat senyap dari awal. im too selfish more than act professional. but sometimes, bila saya fikir balik, i think my acting is berbaloi for a place yang tak hargai saya. so tak ada apa perlu dikecewakan.
2025/02/20 16:02:57
Back to Top
HTML Embed Code: