group-telegram.com/FayniezQuotes/1255
Last Update:
Dear yang sedang bercouple,
Love forever untill jannah? Awak jangan berangan lah nak dapat gelaran tu. Awak rasa Allah redha ke dengan hubungan couple? Awak rasa Allah akan redha ke dengan jalan zina? Tidak. Tak kisah lah awak couple face to face ke,awak couple di media sosial ke,awak couple islamik ke. Dah nama couple. Ia tetap haram. Kenapa nak tegakkan lagi benda yang haram?
Walaupun awak couple islamik atau couple di media sosial. Mungkin awak tak pernah sentuh dia. Tapi syaitan itu licik. Syaitan ni akan hasut satu per satu. Mula-mula chat,kemudian chat sweet penuh dengan emoji love. Bermanja sakan. Lepas bermanja tukar gambar bersama. Bila kata nak buat apa,alasannya adalah simpan gambar tu. Kat situ awak dah terjerumus dengan zina. Masih tak nampak lagi ke? Sebab itu Allah haramkan kita couple. Sebab itu pentignya ikthilat.
Sebab Allah tak nak kita dekat dengan JALAN ZINA. Malangnya ramai remaja yang masih hanyut dibuai cinta palsu. Terpulang pada awak nak dengar atau tidak. Cuma satu je. Jangan menyesal kalau cinta palsu yang awak sayang tu akan menyebabkan awak kecewa terseksa. Sebab Allah dah kata,kalau couple berapa lama pun. Belum tentu dia jodoh awak. Belum tentu awak dan dia bahagia tau. Nanti dah kecewa jangan bunuh diri pulak😉sebab diri sendiri yang pilih jalan yang salah. Muhasabah❕
@fayniezQuotes💞
BY Quotes For You💗
Warning: Undefined variable $i in /var/www/group-telegram/post.php on line 260
Share with your friend now:
group-telegram.com/FayniezQuotes/1255