Telegram Group Search
“Doctors can treat you, but only ALLAH can heal you”


@fayniezQuotes💞
If Allah wants to do good to somebody, he afflicts him with trials.” – Sahih Al Bukhari

@fayniezQuotes💞
Kita tak mampu untuk ubah diri orang lain supaya bersangka baik dengan diri kita,

Tapi kita mampu untuk ubah diri kita supaya terus bersangka baik dengan orang lain.

@fayniezQuotes💞
🍃💙Doa hari Ini🍃💜

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Yaa اَللّهُ.
Tetapkanlah hati kami di atas agama MU.
Kami bermohon ke hadrat Mu, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami.

Yaa Allah.
Kami memohon kepada Mu berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak2 yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Yaa Allah.
Jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar.

Yaa اَللّهُ .
Ampuni dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, anak2 isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami serta sekalian muslimin dan muslimat.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

@fayniezQoutes💞
*"Do'a di Awal Tahun 2021"*
*JUM'AT MUBAROK*

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Ayah Bunda yang di rahmati Allah SWT.

*Allahumma Ya Allah... Tuhan Yang Maha Esa.*
Berikan kesehatan yang paripurna bagi seluruh ummat manusia di Dunia, sehingga kami memasuki Tahun 2021 ini bisa melangkah dengan tegap, dengan penuh sehat, dengan penuh keberanian, dengan penuh ketaqwaan kepada-Mu.

*Ya... Tuhan kami,* berikan rizki yang banyak agar kami dapat melanjutkan perjuangan membangun bangsa Ini, membangun diri sendiri, membangun masyarakat dan membangun Indonesia.

*Ya Allah...* Pertebal persatuan kami yaitu persatuan Indonesia agar menjadi bangsa yang terbilang gemilang dimuka bumi ini.

Aamiin ya Rabbal 'alamiin🙏🏻🌈

@fayniezQuotes💞
Petanda Hati Hitam

Hati akan menjadi gelap apabila kita sendiri yang berterusan melakukan dosa tanpa bertaubat pada Allah apatah lagi nak menyebut istighfar dan zikrullah. Ia juga susah untuk menerima teguran atau nasihat orang lain. Baginya pendapat dia saja yang betul. Pendapat yang lain semua salah. Baginya dia saja yang betul. Padahal sudah terang nasihat dan teguran itu adalah kebaikan buat saudara sesama Islam. Tapi dia susah untuk menerima kenyataan terhadap nasihat atau teguran dan kemudiannya dia menegakkan apa yang telah diharamkan oleh syariat Islam.
Apabila kita selalu mencarut,memaki atau mengeluarkan kata-kata yang kotor. Hal ini akan menyebabkan hati kita menjadi gelap dan hitam. Malah kita juga sukar untuk melakukan ibadat seperti solat dan baca al-Quran. Cuba check balik hati kita ni. Jika kita mempunyai hati yang gelap hitam,perbaiki lah diri dan bertaubat lah kepada Allah. Kembali lah jalan yang benar dan lurus. Supaya hati kita juga kembali bersih seperti bayi yang baru lahir.

@fayniezQuotes💞
“ sebarkan kebaikkan seseorang dan tutup keburukan seseorang cukup menampakkan kita manusia yang matang kerana tahu setiap manusia mempunyai kekurangan”

@fayniezQuotes💞
" Sebaik-baik tangisan adalah tangisan seorang hamba yang menangis atas kejahilan dan kekesalan yang pernah dilakukannya. Dan dia tidak ingin kembali lagi dalam kejahilan. Itu adalah sebaik-baik tangisan di sisi Allah SWT "

- Tuan Guru Syaikh Nuruddin Al-Banjari

@fayniezQuotes💞
”Jika Allah beri kamu harta, kamu sibuk menjaganya. Jika Allah tidak beri kamu harta, kamu sibuk mencarinya. Lalu bilakah waktumu untuk Allah?”

- Al 'Allamah Sayyidil Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz

@fayniezQuotes💞
Menangisnya manusia bila terkenang akan dosanya,sungguh bila dia bertaubat kepada Allah rasa manisnya iman makin bertambah. Dulunya seorang penagih maksiat. Akhirnya dia bergelar ahli ibadat. Kerana itu peluang manusia untuk berubah ke jalan Allah sangat luas. Cuma perlu membuka pintu hati agar ditemui hidayah pada satu nanti yang Allah berikan hidayah untuknya. Jangan lepaskan peluang untuk kembali jalan yang benar. Tuhan,tunjukkanlah kami arah ke syurga.

@faynizQuotes💞
Jangan bangga dengan kecantikan yang kau ada sekarang ini. Boleh jadi kecantikan itu hanya ujian untukmu. Sama ada kau boleh gunakan kecantikan itu ke arah kebaikan atau menggunakannya dengan menunjuk dan takkabur atas kecantikan itu. Kecantikan itu tidak akan kekal sampai bila-bila. Tapi kecantikan akhlak itulah yang akan kekal sampai bila-bila. Biar tak cantik rupa paras,asalkan cantik akhlak dan adab. Muhasabah❤️

@fayniezQuotes💞
Cabaran Penghafaz al Quran

Beberapa hari ini, saya cuba menjalankan kajian ke atas beberapa pelajar yang sedang menghafaz al Quran dan cuba mencari sebab mengapa tiada kualiti pada ayat yang telah dihafaz.

1. Tidak menjaga kualiti bacaan.

Bacaannya sangat laju. Saya fikir, kalaulah berlumba dengan kereta Formula One, pasti kereta Formula One pun kalah. Kualiti ingatan bermula daripada teknik menghafaz yang betul.

a. Jangan terlalu laju dan terlalu perlahan. Jika terlalu laju, kita akan melanggar hukum tajwid. Menjadi satu keaiban bilamana orang menghafaz al Quran, membaca al Quran dengan tidak bertajwid.

b. Pastikan ketika kita menghafaz, otak kita dapat membayangkan setiap apa yang disebut. Pastikan telinga mendengar setiap apa yang dibaca.

c. Selagi tidak lancar ayat yang pertama, jangan gatai beralih pada ayat yang kedua.

2. Tidak mahu bantu diri sendiri.

Asyik menyalahkan orang lain. Ada juga yang menyalahkan telefon bimbit sedangkan semua itu kita yang mengawalnya.

3. Selalu menyatakan tidak boleh, sedangkan belum berusaha sehabis baik.

@fayniezQuotes💞
Move on?

Awak,Sy tahu bukan mudah untuk move on. Tapi ingat kalau awak betul-betul nak move on,awak perlu relakan hati awak dengan sepenuhnya. Letakkan harapan sepenuhnya kepada Allah. Buang segala memori dia dan awak. Buang segala memori pahit manis. Kadang dengan memaafkan dan melupakan itu membuatkan hati kita rasa tenang dan mudah untuk teruskan hidup dengan bahagia.

Allah pisahkan awak dan dia ada sebab. Sebabnya satu saja. Allah nak awak jauh dari zina dan dekat dengan Dia yang setia. Jadi luangkan masa sekarang ini untuk dekat dengan Allah. Cari cinta Allah sebelum kita mencari cinta manusia. Semoga awak terus kuat untuk bangkit dari cinta manusia atau bangkit dari kisah silam dulu.

@fayniezQuotes💞
Dear yang sedang bercouple,

Love forever untill jannah? Awak jangan berangan lah nak dapat gelaran tu. Awak rasa Allah redha ke dengan hubungan couple? Awak rasa Allah akan redha ke dengan jalan zina? Tidak. Tak kisah lah awak couple face to face ke,awak couple di media sosial ke,awak couple islamik ke. Dah nama couple. Ia tetap haram. Kenapa nak tegakkan lagi benda yang haram?

Walaupun awak couple islamik atau couple di media sosial. Mungkin awak tak pernah sentuh dia. Tapi syaitan itu licik. Syaitan ni akan hasut satu per satu. Mula-mula chat,kemudian chat sweet penuh dengan emoji love. Bermanja sakan. Lepas bermanja tukar gambar bersama. Bila kata nak buat apa,alasannya adalah simpan gambar tu. Kat situ awak dah terjerumus dengan zina. Masih tak nampak lagi ke? Sebab itu Allah haramkan kita couple. Sebab itu pentignya ikthilat.

Sebab Allah tak nak kita dekat dengan JALAN ZINA. Malangnya ramai remaja yang masih hanyut dibuai cinta palsu. Terpulang pada awak nak dengar atau tidak. Cuma satu je. Jangan menyesal kalau cinta palsu yang awak sayang tu akan menyebabkan awak kecewa terseksa. Sebab Allah dah kata,kalau couple berapa lama pun. Belum tentu dia jodoh awak. Belum tentu awak dan dia bahagia tau. Nanti dah kecewa jangan bunuh diri pulak😉sebab diri sendiri yang pilih jalan yang salah. Muhasabah

@fayniezQuotes💞
Tips Untuk Orang Yang Tengah Down❤️

•Dekatkan diri dengan Allah
•Baca al-Quran dan peluk al-Quran
•Banyakkan zikir,istighfar dan selawat
•Tenangkan diri dan jangan terlalu mengikut emosi
•Buat aktiviti yang dapat hiburkan hati
•Buat benda yang bermanfaat
•Makan coklat untuk hilangkan stres
•Keluar dan lihat lah pemandangan ciptaan Allah

Semoga bermanfaat❤️

@fayniezQuotes💞
🌹kalam hikmah🌹

Kecantik kan perempuan,ujian bagi laki-laki adalah menunduk kan pandangan

(Habib umar bin hafidz)


@fayniezQuotes💞
"Awak nak tahu tak beza awak dengan bunga?"

"Nak. Apa?"

"Bunga akan mekar bila disiram. Awak pula akan mekar sentiasa jika maruah awak tak dipijak oleh ajnabi♥️."

@fayniezQuotes💞
Cinta adalah pergorbanan,
Cinta adalah suci
Cinta adalah jalan yang terbaik untuk gunakan dengan sebuah perkahwinan.

Maka jangan kotori cinta itu dengan jalan zina,
Jangan jadikan cinta itu menjadi fitnah,
Kelak kita juga akan menaggung keperitan di akhirat nanti.

@fayniezQuotes💞
Satu perkara aku sering terlepas pandang,

Tujuan hidup hanya satu.
Hidup untuk raih redha Allah.

Manusia bersifat pelupa, maka tugas aku sendiri untuk usaha sentiasa tidak lupa.

Aku terlalu ingin mengikuti trend, tapi lupa nak lihat pada redha Allah.

Aku terlalu ingin menjadi kaya, tapi lupa nak lihat pada cara yg mendapat redha Allah.

Manusia sekarang hanya lihat, kaya itu adalah orang yg berjaya. Aku hanya lihat ibu bapa aku hanya mahukan kekayaan dari aku untuk membalas jasa mereka, tapi aku lupa untuk membahagikan masa buat mereka yg telah lama mengorbankan masa buat aku dulu.

Kebahagiaan itu tidak semestinya datang dari kekayaan. Aku lupa yang segala harta ini hanya memberi kebahagiaan buat mereka di dunia. Aku lupa amal ibadah yang aku patut salurkan untuk ibu bapa aku merupakan kebahagiaan abadi buat ibu bapa aku di akhirat kelak.

Aku lupa ya Allah.


@fayniezQuotes💞
Petanda Hati Hitam🖤

Hati akan menjadi gelap apabila kita sendiri yang berterusan melakukan dosa tanpa bertaubat pada Allah apatah lagi nak menyebut istighfar dan zikrullah. Ia juga susah untuk menerima teguran atau nasihat orang lain. Baginya pendapat dia saja yang betul. Pendapat yang lain semua salah. Baginya dia saja yang betul. Padahal sudah terang nasihat dan teguran itu adalah kebaikan buat saudara sesama Islam. Tapi dia susah untuk menerima kenyataan terhadap nasihat atau teguran dan kemudiannya dia menegakkan apa yang telah diharamkan oleh syariat Islam.

Apabila kita selalu mencarut,memaki atau mengeluarkan kata-kata yang kotor. Hal ini akan menyebabkan hati kita menjadi gelap dan hitam. Malah kita juga sukar untuk melakukan ibadat seperti solat dan baca al-Quran. Cuba check balik hati kita ni. Jika kita mempunyai hati yang gelap hitam,perbaiki lah diri dan bertaubat lah kepada Allah. Kembali lah jalan yang benar dan lurus. Supaya hati kita juga kembali bersih seperti bayi yang baru lahir.

@fayniezQuotes💞
2024/10/02 14:31:53
Back to Top
HTML Embed Code: