Telegram Group Search
"Jika kamu mahukan dunia, adalah dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, adalah dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia dan akhirat, adalah dengan ilmu."

~🥀@SharedByNaqisna
Si A mahukan kehidupan B,
B pula mahukan kehidupan C,
C mahukan kehidupan seperti A.

Begitulah kita manusia.
Yang inginkan kehidupan orang lain,
Kerana mereka tampak lebih bahagia dari kita.

Sedangkan hakikatnya,
Kehidupan mereka pun ada struggle yang kita tak nampak.

Bersyukur,
Baru kau akan temui bahagia.

-Naqisna-

~🥀@SharedByNaqisna
Arca Cinta Terindah by Pazana Hanifah
Arca Cinta Terindah by Pazana Hanifah
Wahai jiwa—
jangan terperangkap dalam masa lampau.
Ia dah berlalu.
Jangan pula gelisah dengan masa hadapan.
Ia belum sampai.
.
Kembalilah pada saat ini,
detik ini.
.
Lihatlah, dengarlah, sentuhlah, rasailah dengan setiap deria dan rongga.
.
Hiduplah di saat ini—
kerana masa lalumu takkan berulang.
Dan masa hadapanmu bisa dirancang.
.
Please,
come back to NOW.
.
Stop regretting your past.
Stop overthinking your future.
And start breathing consciously in the now.
.
InsyaAllah—
you’ll be fine.
.
-Adlil Rajiah

~🥀@SharedByNaqisna
https://www.instagram.com/reel/CvPS2OYNuII/?igshid=NjIwNzIyMDk2Mg==

Boleh tak perempuan haid pegang Quran? Nak tahu jawapan boleh tgok vid ni

Semoga bermanfaat!
Forwarded from Izzati Elya 🇲🇾 (Izzati Elya)
• • • ﷽

Salam Aidiladha. Sebak hati saya lepas baca penyataan ini;

"Suka atau tidak. Sedar atau tidak. Kisah Ibrahim ini kisah kita. Kitalah Ibrahim. Ibrahim ada Ismail. Ismail bukan sekadar anak. Ismail adalah benda yang bertakhta dalam hati. Ismail kita berbeza-beza.

Ismail kita mungkin harta. Ismail kita mungkin jawatan. Ismail kita mungkin rumah dan kereta. Ismail kita mungkin keturunan kita. Mungkin ego kita.

Ibrahim tidak disuruh bunuh Ismail. Bukan secara literal sembelih Ismail. Allah suruh Nabi Ibrahim bunuh rasa mutlak memiliki. Bunuh rasa sayang pada dunia. Hakikatnya, Ismail kita, Ismail Ibrahim adalah kepunyaan Allah.

Raya korban ini bukan sekadar korbankan binatang. Bukan. Tapi korbankan rasa pemilikan pada benda picisan yang berdaki dalam diri insan. Rasai semua pemilikan adalah milik Tuhan."

CnP

-Kredit petikan khutbah Eid Adha Prof. Shahnon Ahmad.

Faqir ilallah,
Izzati Elya.
"How do you expect anyone to understand you when you are the one who get rejected all the help? Let them in! When people offer their help even if it is not the kind of help that you wanted, you should appreciate their help. Start a casual conversation and let them know the kind of help that you need."

-The Upside Of Lupus by Farah Ashikin-
Forwarded from Farzana Rais
Terlalu keras pada dirimu untuk sebuah kesempurnaan yang tak kamu punya itu terlalu melelahkan. Dalam mengusahakan besarnya mimpi-mimpi, jangan sampai terlepas menikmati hal-hal kecil yang kamu miliki.

Kerana sering kali, menggapai hal-hal besar itu membuatkan mereka merasa sunyi setelah mereka sedar hal-hal kecil itu tidak akan berulang lagi…

- Farzana Rais -
Dalam hidangan ada ramuannya
Dalam bertutur ada bahasanya
Begitulah menasihati ada caranya,
atma yang hancur tidak perlu ruang untuk dikasihani,
Mereka perlu peluang untuk melihat bianglala itu kembali,
Menasihati jangan sampai menambah luka yang tidak kering lagi
Jangan kau patahkan sayap yang sudah sedia tidak mampu terbang seperti dulu lagi.

-senandikacn

~🥀@SharedByNaqisna
"
CINTA
"

indah
bahagia

semua kata-kata yang baik ada padanya, bukan?

perasaan suci yang sepatutnya tidak dikotori

tapi ada manusia anggap cinta itu palsu
cinta itu hodoh
cinta itu menghancurkan

iya, benar juga kan?

dua orang bertemu cinta
oh indah
bagai pinang dibelah dua
bagai cincin dan permata
bagai dua merpati dua sejoli

semua cantik belaka

namun yang disebalik tabir ini bagaimana?
yang sentiasa taruh dalam diam

tak adil
si orkid cuba sedaya upaya untuk si kumbang hinggap

tapi kerana sekuntum bunga yang mekar wangi dan indah, semua usaha menjadi sia-sia

si bunga mawar tak perlu berusaha
sedangkan mawar sendiri meletak duri untuk melukakan sesiapa yang mendekat
tetapi kelakar melihat bagaimana si mawar membuang duri demi si kumbang

yang dikejar mati-matian oleh si orkid

kelakar ya

lantas bagaimana? cinta itu masih indah?

mungkin senang untuk berkata
"kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum"

tapi mungkin susah untuk menerima
setiap kumbang punya tarikan tersendiri, setiap bunga punya kecantikan berbeza

mungkin memang benar
cinta itu indah

tapi adakalanya
manusia perlu terima
cinta itu hodoh juga

-nizra

~🥀@SharedByNaqisna
Allah berfirman "Dan mohonlah kepada Aku, nescaya Aku akan perkenankan doamu".

-Ghafir, 60-

~🥀@SharedByNaqisna
Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
Untuk selesa di alam kubur, amalkan 4 perkara ni
Tiada yang terlambat,
Hanya belum waktunya lagi.

-Naqisna-

~🥀@SharedByNaqisna
2024/12/26 17:12:52
Back to Top
HTML Embed Code: