Telegram Group Search
Again I lost
Jika langit juga bercanda
Apalagi kamu?

-Teruntuk Langit Yang Bercanda by Jiwa-

~🥀@SharedByNaqisna
Our future is not going to be better if we keep looking into the past.

-Eskandar Arasyah by Anjell-

~🥀@SharedByNaqisna
Sometimes, people pretend you're a bad person so they don't feel guilty for things they did to you.

-Dheo's by Anjell-

~🥀@SharedByNaqisna
Forwarded from Farzana Rais
Aku fikir ini kisah orang. Rupanya kisah aku. Penat-penat habis duit nak tenang. Rupanya ada dalam surah Ar-Ra’d ayat 28.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

(Ar-Ra'd ayat 28)
Pernah sekali, ketika saya tengah makan dengan Haikal di satu restoran, ada sorang akak ni duduk selang satu meja dari kami, asyik duk pandang-pandang Haikal.
.
Sambil pandang, sambil senyum,
kemudian berbisik pada sorang lelaki di sebelah dia.
.
Saya tak pasti apa yang dibisikkan tentang Haikal. Nak kata Haikal handsome, mak dia lagi handsome. Ehh!
.
Lepas beberapa ketika, tiba-tiba akak tu bangun dan mendekati kami.
.
"Assalamualaikum."
katanya sambil tersenyum.
.
Haikal yang dari tadi kusyuk melukis, terus angkat kepala dan jawab salam.
.
"MasyaAllah pandainya dia lukis. Darjah berapa ni?”
Akak tu mulakan bicara sambil menyentuh bahu Haikal.
.
“Lima”, jawab Haikal ringkas. Manakala saya tersenyum saje. Tak tahu nak cakap apa.
.
Tiba-tiba akak tu sambung,
"Allah betul-betul sayangkan kamu. Dia bagi kamu anak yang bijak dan comel. Jaga dia baik-baik ye."
.
"Errr…InsyaAllah, kak."
Dalam hati saya, apahal tiba2 sangat akak ni Siap bagi nasihat macam mak aku je ni.
.
Akak tu sambung lagi,
"Akak ni dah 14 tahun kahwin, tapi masih belum ada rezeki anak. Bila akak tengok budak-budak macam ni, akak nampak mahkota di atas kepala ibu bapa mereka. Tapi mahkota tu hanya kami orang-orang yang belum ada anak je yang nampak. Bagi kami, orang yang dikurniakan anak ni bukan calang-calang orang. Sebab Allah pilih korang untuk dipakaikan mahkota tersebut. Jaga anak ni baik-baik ye. InsyaAllah dia akan bantu awak di mahsyar nanti."
.
Ya Allahh.
Bertakung terussss air mata aku.
.
Saya bangun dari tempat duduk, dan terus peluk akak tu. Dia sambut pelukan saya sambil berkata;
.
"Doakan akak sekali ye. Kalau tak sempat dapat anak di dunia, doakan akak dapat masuk syurga. Nak minta anak ramai di sana nanti."
.
"InsyaAllah, kak."
Itu je saya mampu jawab.
Sebak menahan air mata.
.
Sebelum akak tu dan suaminya keluar dari restoran, dia sempat tinggalkan saya kata-kata yang sampai hari ni saya tak boleh lupa;
.
"Orang kata, penantian itu satu penyeksaan. Tapi bagi akak, penantian itu sebenarnya anugerah. Peluang untuk kita nikmati sabar. Allah tu maha baik sebenarnya. Takde satu pun takdir yang ditentukan untuk menganiaya kita. Kita je yang selalu bersangka buruk."
.
Hmm betul sangat.
Maka hari itu saya belajar dua perkara.
.
Pertama,
kadang-kadang kita patut lihat hidup kita dari perspective orang lain. Sebab kita selalu nampak kekurangan hidup kita, sedangkan ada orang yang mengimpikan hidup seperti kita.
.
So stay thankful, stay patient,
and stop complaining.
.
Kedua,
saya mula nampak definisi SABAR dari sudut yang berbeza. Betapa akak tu mampu kekal positif dan bersangka baik dengan takdir Allah, biarpun diuji selama 14 tahun.
.
Sabar itu bukan tentang berapa lama kita sanggup tunggu. Tapi berapa lama kita mampu kekalkan kepercayaan dan sikap yang baik ketika menunggu.
.
Kepada akak yang saya jumpa tu,
maybe you're not reading this.
But i want to thank you for the beautiful lesson you've indirectly taught me.
.
Semoga akak dapat apa yang akak impikan,
dan terus dikurniakan kesejahteraan hati.
.
Sekarang, saya pun nampak akak ada mahkota di kepala. Bukan mahkota anak,
tapi mahkota sabar.
.
Cr: FB Adlil Rajiah
.
Hari terakhir untuk daftar Seminar Online Mendidik Anak Tunggal (Raising An Only Child, Not A Lonely Child), bersama 5 penceramah, 6-10 Mac 2023:
ezy.la/anaktunggal
ezy.la/anaktunggal

~🥀@SharedByNaqisna
Bukan salah kau.

Terima,
Terima kenyataan yang kau tak akan boleh mengawal semuanya.

Kau manusia,
Bukan Tuhan.

Dan tidak mengapa jika air mata itu tumpah.
Kau tak salah untuk punya rasa dan perasaan.

Tak semua boleh dijelaskan dengan kata-kata bukan?
Kadang dengan air mata cara untuk melepaskan apa yang terpendam.
Tuhan ciptakan air mata itu bersebab sayang.

-Naqisna-

~🥀@SharedByNaqisna
Terlalu banyak yang disimpan,
Sehingga sampai satu tahap,
Kau tak lagi mampu untuk menangis.
Tak mampu untuk menjerit,
Tak mampu untuk berkata-kata.
Tidak lagi mampu untuk berbuat apa-apa.

Bukan tak sedih,
Bukan tak kisah,
Namun hati yang terlalu penat.

Bukan tak pernah berjuang,
Namun setelah dilihat tiada hasil,
Akhirnya dia pilih untuk menyerah.

Biarkan segalanya,
Kerana seiring berjalannya masa,
Hati juga akan hilang rasa.

-Naqisna-

~🥀@SharedByNaqisna
Ada waktu kau disakiti,
Dan ada waktu kau yang menyakiti.
Ada waktu kau yang menegur,
Dan ada waktu kau yang perlu ditegur.

Tiada manusia yang sempurna.
Berbuat silap itu biasa.
Namun usaha untuk baiki kesilapan dan kekurangan yang luar biasa.

-Naqisna-

~🥀@SharedByNaqisna
The older you get, the more you realize
it's not about who knows the longest, it's about who makes you feel seen, heard, understood, appreciated, supported and love.

-power of poetry-

~🥀@SharedByNaqisna
Kadang tertanya,
Adakah jika aku tiada semuanya akan baik-baik sahaja?

-Naqisna-

~🥀@SharedByNaqisna
Apa ayat yang Nabi ajar jika kita diganggu makhluk halus?

Bacalah...
" Al Anuqabil laknatillah" 3x
Makna: Aku laknat kamu kerana laknat daripada Allah.

~🥀@SharedByNaqisna
Selamat berpuasa!
Indeed, friendship is one of the greatest gifts and blessings that God has bestowed upon human.

-Will You Stay by Norhafsah Hamid-

~🥀@SharedByNaqisna
2024/12/26 18:09:56
Back to Top
HTML Embed Code: