Sejauh perasaan tidak akan menghapus betapa dekatnya sebuah kerinduan.
Sedalam luka tidak akan dapat memadam hakikat kerinduan.
Seberat kenangan lalu hanya akan membawa kepada detik kerinduan.
~Semuanya hanya tentang kerinduan~
Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Hari ini pada tanggal 14 Januari kau dilahirkan di bumi yang berpaksikan dimensi bukan fantasi.
Saat kelahiran kau dari kantung rahim bonda, tangisan kegembiraan kau hadiahkan buat mereka. Aku harap kegembiraan itu kau kekalkan untuk mereka, jadilah anak yang solehah. Bekal buat mereka di alam akhir.
Tetaplah tersenyum disaat kau diuji dengan dugaan dan cubaan. Nyatanya kita hidup di dunia bukan syurga; realitinya kejam. Tidak pernah pejam.
Hartiff, Moga akhlak perimu bertambah baik seiring berjalannya waktu dan bertambah umurmu. Jadilah wanita terpuji, tinggi maruah dan harga diri.
Doa aku moga kau menjadi pelakon berjaya di pentas dunia. Dikurniakan jodoh bila sampai masanya. Dipermudahkan urusan dan segala.
Dan maaf dariku, dikelewatan menyiapkan puisi kerana ada misi dan visi yang perlu aku realisasi.
Selamat hari lahir Hartiff!
AlifBaTa
lantunan selawat dalam hati seiring derasnya butiran jernih
mengalir turun ke pipi
Rindu ini tak berpenghujung
Rasanya berat tak tertanggung
Salam rindu kekasih Rabbi yang satu,
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
2024 Mar tanggal Dua
Alifbata

Oh angin aku kirim segala rasa agar kau tafsirkan dengan deruan yang mampu membuat aku terpana .
Betapa utuh kisah sang sahabat yang mampu membelah era zaman ke zaman .
Dari bertatih ke berlari aku dan kau mula bersama. Bukan mengenal dari usia muda namun kita mengenal dari usia mulanya kita berada dalam keperitan hingga kita mampu untuk bahagia .
Perkongsian yang tiada simpulan kau dan aku tekad bersama dalam segala tujuan .
Aku jahil mengenal tuhan tapi kau tidak pernah loket menarik aku ke jalan kebenaran .
Ini soal hati ! Aku dan kau pasti rebah ! Namun aku silap kau sentiasa bersama tidak kira tujuan .
Kau adalah sahabat termahal 💕
Ruang Waktu
pstt: tulisan lama from F to I

Melihat mata itu, aku terimbau sejarahnya. Terhasil dari benih haram kemudian disatukan menjadi hubungan halal. Yang sebaya memiliki bin induknya. Namun namamu terpaut tak bertali.
waktu merubah segala, kini kau mula membesar dan mempertikai mengapa aku begini dan adik begitu.
Air jernih di tubir mata kian bergenang untuk kesekian kalinya dengan harap takdir dapat diubah.
Pesan aku ringkas:
"wahai sayang, namamu telah terukir sempurna sejak di luh manfuz lagi, dan setiap nama itu Allah yang takdirkan tentang apa seseorang itu. bukan dirimu atau kedua orang tuamu atau nenek moyangmu.
Laluilah setiap kehidupanmu bersama inti pati carikan dugaan. Sesungguhnya kau bukan hasil benih yang jijik. Kau adalah kain putih yang suci."
Buat si kecil buah hatiku
H

Di sepertiga malam
Aku langitkan namamu dalam lantunan doa. Semoga ada harapan menyinar seiring berjalannya detik waktu
@PuisiKataDariKamu
Aku langitkan namamu dalam lantunan doa. Semoga ada harapan menyinar seiring berjalannya detik waktu
@PuisiKataDariKamu
Ketika kita terpisah oleh jarak dan waktu
Dan rindu pun bertamu
Aku belek helai lembaran buku
Yang kau bekalkan kali pertama kita bertemu
Aku ambil dan bau
Harumnya bagai kasih kita nan mekar
Aku teliti satu persatu satu
Mencari mutiara kata yang tersirat maupun tersurat
Cinta ?
Ya tapi bukan tentang kita
Bijaknya kau
Pikat aku dengan buku
Cerita Muhammad pencinta umat
Hamka dengan Falsafah dan Tasawuf
Disitulah bermula kisah kita
Moga buku cerita kita hujungnya halal dalam akad
-N•xx
@puisiKataDariKamu

Kadang rasa yang buat kita gelisah ni bukan musibah yang menguji. Tetapi bahasa rindu Tuhan yang kita gagal faham
@puisiKataDariKamu
@puisiKataDariKamu