Sekujur tubuh kaku tidak bernyawa ditatap pilu. Meskipun hati yang telah pun merindu enggan melepaskan dari pandangan, menjadi hak setiap insan untuk jenazahnya diuruskan.
Lalu jasad yang tidak lagi bernafas dimandikan, dibersihkan satu persatu. Dikafankan, diberi haruman, dipersiapkan dengan hati-hati dan penuh penghormatan.
Mengapa Tuhan tidak menjadikan jasad orang yang telah mati hilang dari pandangan? Sebaik sahaja ruh berpisah dari badan, terus tubuh insan lenyap, vanish into thin air, kan lebih memudahkan?
Sebab Allah swt mahu kita belajar dari kematian; bahawa setiap orang perlu dihargai sebaik-baiknya selagi punya kesempatan. Sedangkan "mayat" yang sudah tidak bernafas pun kita wajib muliakan, apatah lagi "insan" yang masih hidup dan berperanan?
Saya selalu rasa serba salah apabila bercakap tentang mensyukuri apa yang kita ada untuk menghapuskan tekanan yang mengganggu perasaan.
Syukuri penglihatan, sebab ada orang yang tidak mampu melihat pemandangan alam. Syukuri pendengaran, sebab ada orang yang tidak bisa menghayati bunyi-bunyian. Syukuri nikmat kaki, tangan, lidah... rumah tempat berteduh, kenderaan. Benar, semuanya adalah kurniaan yang tidak mungkin dapat digantikan.
Tetapi saya risau, bagaimana jika mereka yang tidak punya semua itu mendengar atau membaca apa yang kita sebutkan? Tidak punya mata, telinga, kaki, tangan.. bahkan hidup di jalanan, tidak berpengangkutan..?
Tidakkah mereka akan terasa kekurangan dan berhak untuk tidak berterima kasih kepada Tuhan?
Apakah tidak ada sesuatu yang boleh kita semua, yang merangkumi sesiapa sahaja, syukuri dari pemberian Maha Menciptakan?
Satu hal yang paling asas, paling minimal, atau paling dipunyai oleh setiap insan?
Jawapannya adalah pada "kewujudan" kita sendiri sebagai seorang insan.
The mere fact of existence adalah satu hal yang wajar kita syukuri, tidak kira apa pun kekurangan yang perlu kita uruskan.
Sebab tidak ada yang mampu kita lakukan untuk melayakkan diri dilahirkan sebagai seorang "insan".
Namun Al-Khaliq, dengan segala qudrat dan iradat-Nya, telah memilih dan mentakdirkan agar kita wujud dan terlahir, dari keluasan rahmat-Nya yang tidak bertepian.
Bukankah itu satu perkara yang kita semua kongsikan?
Maka, mengucapkan syukur kepada Ilahi sehingga ke hujung nyawa sekalipun tidak mungkin dapat membalas kebaikan yang Dia telah berikan.
Kewujudan insan adalah satu hal yang suci, yang cuma berhak diambil semula oleh Allah SWT apabila Dia berkehendak.
Jika kewujudan diri kita sendiri yang sering banyak dosa, khilaf dan noda ini wajar disyukuri, bagaimana pula dengan kewujudan insan-insan yang terpilih di sisi Rabb?
Seperti para Anbiya' dan Rasul al-Mursalin?
Saya kembali mengenang wajah arwah yang telah banyak berkorban.
Bersabar dalam mendidik dan menjadi teman di perjalanan.
Tidak dapat saya bayangkan jika tubuhnya berserakan di tengah alam. Sepanjang menguruskan jenazah, yang difikirkan hanyalah khidmat terakhir dapat dilaksanakan sebaik-baiknya agar ia pulang dengan tenang.
Hati mana yang tidak luluh, melihat kewujudan insan yang disayangi jiwa dan raga, terhenti pada nafas yang terakhir, berangkat pulang dan meninggalkan kita sendirian?
Tetapi bagaimana pula jasad seorang penghulu pemuda Syurga, cucu Rasūlullāh sallallāhu ʿalaihi wa ālihi wasallam diperlakukan di tengah padang tandus nan gersang?
"Siapa yang sudi memijak Husayn dengan kudanya? Maka menyahutlah beberapa puak dengan kuda mereka, sehingga mereka menghancurkan belakang beliau"
(Ada Apa Dengan Karbala, hal. 245)
Sekalipun kita tidak mengerti siapa sang Husayn 'alaihissalam yang keluar menegakkan agama Tuhan, sekurang-kurangnya kita dapat cuba memahami betapa hancur hati baginda Rasūlullāh sallallāhu ʿalaihi wa ālihi wasallam menyaksikan bagaimana ummat memperlakukan titis keturunannya, bukan?
Allahul Musta'an..
Benarlah Rasūlullāh sallallāhu ʿalaihi wa ālihi wasallam berpesan, bahawa kematian adalah sebaik-baik peringatan.

BY Shared by Naqisna🥀
Warning: Undefined variable $i in /var/www/group-telegram/post.php on line 260
At this point, however, Durov had already been working on Telegram with his brother, and further planned a mobile-first social network with an explicit focus on anti-censorship. Later in April, he told TechCrunch that he had left Russia and had “no plans to go back,” saying that the nation was currently “incompatible with internet business at the moment.” He added later that he was looking for a country that matched his libertarian ideals to base his next startup. He said that since his platform does not have the capacity to check all channels, it may restrict some in Russia and Ukraine "for the duration of the conflict," but then reversed course hours later after many users complained that Telegram was an important source of information. Sebi said data, emails and other documents are being retrieved from the seized devices and detailed investigation is in progress. But because group chats and the channel features are not end-to-end encrypted, Galperin said user privacy is potentially under threat. During the operations, Sebi officials seized various records and documents, including 34 mobile phones, six laptops, four desktops, four tablets, two hard drive disks and one pen drive from the custody of these persons.
from es