Telegram Group Search
Smart Tahfiz
Photo
ULANG QURAN

Nak ingat Quran kena banyak ngulang. Istiqamah baca setiap hari. Imam Bukhari ditanya sbb kuat ingatanya. Adakah dgn sbb makan apa2 supplement kuat minda dan mkananan yg membantu hafazan? Beliau mnjwb, "Keazaman yg tinggi kpd ilmu dan selalu melihat"

Abu Soleh al-Baghdadi menyatakan, "Kalaulah hafaz sesuatu dan blh ingat adalah dgn sbb ambil ubat atau mknan sudah tentu semua org yg berada/kaya mengalahkan kami dlm ilmu. Tetapi nak dptkan ilmu adalah melalui tabiat dan didikan.

Sesiapa yg tabiatnya suka menghafaz, maka hafazanya tidak dimudharatkan dgn apa benda yg dimakan. Sesiapa yg tidak ada tabiat mengulang dan menghafaz, apa2 makanan dan rawatan tidak manfaat baginya.

Mula2 nak jadikan tilawah Quran dan ulangan Quran sebagai wirid harian terasa bebanan seperti bukit. Ngulang pada hari berikutnya rasa ringan sikit mcm pikul setengah bukit. Istiqamah dgn hal sedemikian, dihujung minggu terasa ringan mcm angin bahkan rasa seronok sehingga tak blh lg tinggal ngulang Quran setiap hari.

https://www.facebook.com/share/p/2B9kk3jivszfWJs2/?mibextid=xfxF2i

Credits FB Dr. Khairul Anuar
๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ NEGERI PERAK TAHUN 2024 TELAH DIBUKA


๐Ÿ“ Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP) merupakan Syahadah Tahfiz yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Perak.

๐Ÿ“Permohonan *PERCUMA*

๐Ÿ“Sehubungan dengan itu dijemput calonยฒ yang berkelayakan mengisi permohonan melalui link di bawah๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://forms.gle/5DHd8gtZTFwJj1Zu6

๐Ÿ“Semua maklumat berkaitan STNP juga boleh didapati dalam link tersebut.

Dijemput individu yg berumur 17 tahun ke atas mengambil peperiksaan Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP).

Semua maklumat berkaitan dan borang permohonan boleh didapati dengan menekan link di atas. Terima kasih
Sekali je kita berhenti menghafal, murojaah
bukan mudah untuk dapatkan semula momentum tersebut.

Sampai masa, kena reset semua hafalan kita sebagaimana kita mula menghafal.

Cc gambar, ig calon hafiz

@smarttahfiz
๐Ÿ“Œ3 Tips untuk terus berdamping dengan al Quran.

#syaurahishak
Forwarded from Syaurah Ishak
Menurut pemerhatian saya (setelah pusing pelbagai sekolah tahfiz), antara faktor kejayaan seorang pelajar:

#syaurahishak
๐‘ฏ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ด๐‘ฐ
ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ *PENGAMBILAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 SESI 2025*

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ KINI DIBUKA โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

....................................

๐Ÿ“LOKASI : SM IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA

๐Ÿ“šSISTEM PENDIDIKAN :
- SILIBUS KPM (SAINS TULEN)
- โ SILIBUS KBT (KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ)
- STEM
- Al-QURAN
- MENGGUNAKAN I-PAD (Education 4.0)

๐Ÿ…AKTIVITI SUKAN SUNNAH DISEDIAKAN :

๐ŸŠ๐Ÿป BERENANG
๐Ÿน MEMANAH
๐Ÿด BERKUDA

๐Ÿ“Œ SYARAT KEMASUKAN PELAJAR TING 1

1. Berumur tidak melebihi 13 tahun, lahir pada 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013
2. Jantina LELAKI SAHAJA
3. Mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 dalam Petaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun Enam bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
4. Minimum 7A dalam UPKK
5. Mahir dalam membaca dan keutamaan kepada mereka yang telah menghafaz Al-Quran
6. Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik serta sihat tubuh badan
7. Pemohon wajib mengisi borang online dan wajib menduduki ujian temuduga.
8. Lulus dalam sesi temuduga
9. Mempunyai kecenderungan minat dalam bidang Sains dan Teknologi.
10. Tempat adalah terhad dan keputusan adalah muktamad.

Link Pendaftaran : https://my06.awfatech.com/immelaka/
.....................................

๐Ÿ“ฒ Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Jawatankuasa Pengambilan ๐Ÿ“ฑ
013-2363380 (Puan Ezzaty) atau 013-5005927 (Ustaz Shahril)

๐Ÿ“ž PEJABAT
06-385 3055

๐Ÿ“ฉ Email sekolah
[email protected]

Info PPB 2025
๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://www.group-telegram.com/+zSPMvRIIis81MWJl

MENJANA GENERASI ULUL ALBAB
Jangan pernah sesekali meninggalkan al-Quran dalam sehari.

Kamu tidaklah terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membaca satu halaman al-Quran.

Lebih indah apabila salah satu ayatnya dihayati dan ditadabburi.

Jadikan ia satu kewajipan bagi diri kamu.

Nescaya kamu akan mendapati pandanganmu terhadap kehidupan akan berubah.

Banyak perkara yang engkau rasa sulit dihadapi, akan berlalu pergi dengan mudah sekali.

Hiduplah bersama al-Quran.

Credits FB muhammad Haikal abd hamid

@smarttahfiz
HAKIKAT MENGHAFAZ AL-QURAN

Ketika kamu menghafal surah-surah al-Quran, kamu sebenarnya sedang menaiki anak-anak tangga untuk sampai ke titik permulaan jalan untuk bersama dengan al-Quran.

Jika kamu telah habis menghafal al-Quran, maka sekarang ini kamu baru selesai daripada menaiki anak-anak tangga tersebut dan kamu sudah berdiri di garis permulaan jalan.

Setelah kamu berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran, kamu sedang memulakan perjalananmu yang panjang untuk bersama dengan al-Quran sehingga akhir hayatmu.

Prof. Sheikh Hasan Bukhari
Pengajar
Masjid al-Haram & Masjid al-Nabawi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apa yg difahamkan adalah kita fikirkan bagaimana kemampuan kita untuk tasmi dalam sehari, dan dalam masa sama untuk mengingati hafazan Al-Quran yg telah dihafal.

Walaubagaimanapun, jangan pula kita terlalu mengambil ringan sehinggakan melupakan matlamat asal kita untuk menjaganya.

Cc: TT Ust umar

@smarttahfiz
Forwarded from Syaurah Ishak
Tips Melahirkan Generasi Al Quran.

1. Soal pada diri sendiri tentang bagaimana keadaan kita dengan Al Quran. Baik atau sebaliknya(?) Sekiranya kurang baik, perbaiki.

2. Memilih pasangan yang juga mempunyai impian yang sama. Bukannya kita mahu anak menjadi al hafiz, tetapi pasangan mahu si anak menjadi penyanyi. Kesian anak nanti. Mereka tersepit. (Ada kisah benar perihal ini)

Sebelum kahwin, bertanyalah pada pasangan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

3. Perlu ke mencari pasangan yang juga penghafaz Al Quran?

Ia bukanlah syarat utama. Ramai sahaja generasi Al Quran yang dilahirkan daripada kedua ibubapa yang bukan al hafiz. Tetapi sekiranya mendapat yang al hafiz, ia merupakan satu bonus.

4. Pasangan saya tidak pandai mengaji. Boleh ke kami melahirkan generasi Al Quran?

Boleh. Sekiranya kedua dua mahu sama sama berubah ke arah yang lebih baik. Pergi kelas, belajar sama sama.

5. Bina suasana di rumah. Mulakan dengan menunjuk contoh. Bukannya hanya menyuruh si anak mengaji, sedangkan kita sebagai ibubapa hanya buka Al Quran di bulan puasa. Malu dengan anak. Mereka memerhati kita.

6. Biasakan si anak mendengar alunan ayat ayat Al Quran supaya hatinya menjadi lembut. Mudah untuk masuk perkara perkara baik.

7. Dapat sama sama jalani proses bersama anak anak dalam menghafaz Al Quran lebih menyeronokkan. Kita sebagai ibubapa, menghafaz surah surah lazim sebagai permulaan.

8. Jaga keberkatan rezeki kita. Jauhi yang haram dan syubhah kerana ia memberi kesan pada si anak anak.

9. Bercerita pada anak anak tentang kisah kisah di dalam Al Quran.

10. Banyakkan doa. Sekuat manapun usaha kita, jika ianya tidak diizinkan oleh Allah, maka ianya tidak berhasil. Bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Doa ibu tiada hijab. Manfaatkan ia.

Syaurah Ishak,
Bina impian.
Forwarded from Iwana Aisyah Ab Halim
Tanyalah sesiapa yang pernah bersama al-Quran dalam hidupnya pasti akan mengatakan rindu suasana yang seharian hidupnya bersama al-Quran.

Rindu walaupun mungkin kita pernah menangis sewaktu susah nak hafaz al-Quran, rindu walaupun mungkin kita pernah terkial-kial susahnya untuk lafazkan setiap huruf al-Quran kerana baru belajar, rindu kena rotan dengan ibu ayah sebab salah baca dan sebagainya.

Rindu yang mungkin tak akan berulang. Sebab itu bila adik-adik di Darul Quran dan Mesir minta nasihat, saya akan jawab hargailah masa yang seharian kita dengan al-Quran.

Nikmat bersama al-Quran tak tergambar. Bila seseorang pernah berada dalam suasana al-Quran dan bila dia keluar dari suasana itu mungkin kerana belajar kos lain, kerja bidang lain dan sebagainya pasti dalam setiap doanya meminta untuk Allah campakkan kembali masanya untuk al-Quran.

Kita baca al-Quran sebab dipilih oleh Allah, lidah kita dipilih oleh Allah. Maka, kita perlu berusaha untuk menjadi hamba terpilih.

Tapi jangan jadikan satu alasan โ€˜suasanaโ€™ sebagai satu asbab kita semakin jauh dengan al-Quran.

Usah menyalahkan suasana jika tidak mampu membaca al-Quran dengan baik.

Usahakan membina โ€˜suasana al-Quranโ€™ dalam jiwamu. Yang manisnya hanya engkau yang tahu.

@iwanaaisyah
Selangkah mencintai al-Quran
Forwarded from Syaurah Ishak
Orang hafaz Quran perlu menjaga hubungan dengan ุงู„ู„ู‡ agar momentumnya dengan Quran terus terjaga.
Forwarded from Iwana Aisyah Ab Halim
Hati orang yang bertaut dengan al-Quran sangatlah lembut. Jiwanya lembut dan tidak mudah marah.

Sebab itu bila kita melihat orang alim dan soleh, tutur kata mereka lembut dan sopan walaupun mereka sedang menghadapi ujian dan tomahan orang luar.

Orang yang kurang bertaut dengan al-Quran, jiwanya mudah sangat dilukai dengan manusia dan susah untuk memaafkan dan membenci orang yang telah berbuat jahat padanya.

Itulah beza orang yang betul-betul jiwanya bertaut dengan al-Quran atau sebaliknya.

Semoga jiwa kita selembut jiwa al-Quran dan sentiasa disirami dengan roh al-Quran, aamiin.

@iwanaaisyah
Jiwa kita bagaimana?
2024/11/17 05:40:22
Back to Top
HTML Embed Code: