Telegram Group Search
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
BERKATA SEORANG PAKCIK TUA.

Seorang pakcik tua ditanya, apakah yang beliau pelajari dari usianya yang telah berlalu?

Beliau menjawab:

Aku belajar...
Bahawa dunia ini adalah pinjaman yang akan dipulangkan..

Aku belajar...
Bahawa orang yg dizalimi lambat laun akan mendapat haknya..

Aku belajar...
Bahawa anak panah malam (doa & tahajjud) tidak pernah tersasar..

Aku belajar..
Bahawa kehidupan ini akan tamat pada bila-bila masa walaupun ketika leka..

Aku belajar..
Bahawa kata² yg baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah adalah punca akhlak yang mulia..

Aku belajar..
Bahawa orang yang paling kaya di dunia adalah yang memiliki kesihatan dan keamanan..

Aku belajar..
Bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia tidak akan habis..

Aku belajar..
Siapa yang mahu kata-katanya didengari, maka perlu bersedia mendengar dari orang lain..

Aku belajar..
Bahawa bermusafir dengan orang lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia..

Aku belajar..
Orang yang sering berkata : (akulah, akulah) sebenarnya kosong dari dalam..

Aku belajar..
Bahawa emas akan kekal emas, manakala besi akan berubah dan berkarat..

Aku belajar..
Bahawa semua manusia yang telah mati, mempunyai agenda dan perancangan yg tidak sempat dilaksanakan..

Aku belajar..
Kita sering mengemas katil dan menyejukkan ruang bilik untuk menikmati 'mati kecil'..

Sudahkah kita mengemas amalan kita dan menyejukkan kubur kita dengan ketaatan untuk menikmati 'mati besar'?

Berkata seorang soleh ;

*"Aku hairan manusia yang sering memikirkan tentang makanan yang boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak pernah memikirkan tentang dosa yang boleh menghumbannya ke dalam api neraka."*
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
BUKAN BENCI TAPI SUDAH KECIL HATI

Kita kalau sudah tersinggung dengan kata-kata orang, jangan kata mahu menyapa, pandang muka dia pun rasa malas. Bukan benci tapi sudah kecil hati. Orang yang biasa merendahkan kita, biarlah mereka. Tak perlu kita rasa tersinggung, apatah lagi merasa sedih. Yang penting kita tetap yakin dan tidak merasa rendah diri.

Orang yang selalu mencari kekurangan dan kesalahan orang lain, tidak akan pernah menemukan kekurangan dan kesalahan dirinya sendiri. Jika kita dinilai baik ya Alhamdulillah, dinilai tak baik.. takpe, terserah. Semua yang hadir dalam hidup kita memiliki peranan masing2. Entah mereka memberi kita kebahagian atau memberi kepedihan.

Dalam berbagai hal tidak semua orang akan menyokong, menyukai atau pun membantu. Sebahagiannya suka menghalang dan ada yang menghina tanpa sebab kita ketahui. Inilah hidup, kita tidak boleh memaksa semua orang agar menyukai kita. Kita tidak mampu menutup mulut orang lain yang berkata buruk. Apa yang mampu kita lakukan adalah menutup kedua telinga dari perkataan yang menyakiti.

Memaksa diri agar disukai semua orang itu sangatlah melelahkan. Maka, jadilah diri sendiri walaupun tak banyak yang menyukai, hingga kita menemukan yang menyukai kini dan nanti tanpa tapi. Jauhi orang yang membuat kita kecewa. Berhenti berusaha menyenangkan orang yang tidak pernah menghargai. Semakin kita menjauhi yang meracuni jiwa, kita akan lebih sihat.

Kredit: rohana saad
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Syukur Alhamdulillah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
2025/02/06 07:28:10
Back to Top
HTML Embed Code: