Forwarded from Maahad Tahfiz Turath Al-Juwaini (MTTJ)
Didikan Bapa Imam Al-Juwaini: Kisah susu Yang Dimuntahkan
Share | Like | Komen | Follow
https://www.facebook.com/share/p/15Z4UDeEpb/
Sertai Channel Telegram MTTJ
https://www.group-telegram.com/MaahadTahfizTurathAlJuwaini
Daftar Masuk ke MTTJ Bagi Sesi Persekolahan 2025
bit.ly/PendaftaranTemudugaAljuwaini
Facebook

Sembang petang, sekitar isu tauhid, ilmu dan jambatan para ulama menuju Rasulullah SAW
Isu tauhid tiga, sifat 20 dan seumpamanya adalah cara pemahaman secara ilmiah sahaja, ia terdedah kepada perbahasan para ilmuwan, namun ia bukanlah memberi makna tauhid yang sebenar.
Tauhid yang sebenar adalah pengakuan ketuhanan yang sempurna, pengiktirafan bahawa tiada daya dan upaya pada selain-Nya, dan kebergantungan hanya kepada-Nya.
Sebelum ia menjadi ilmu tauhid berbentuk perbahasan ilahiyat nubuwwat sam'iyat, atau rububiyah, uluhiyah dan asma' wa sifat, ia telah berdarah daging dalam diri para sahabat RA dan tabien RHM serta para pengikut selepasnya.
Tauhid tiga yang dipelopori Sh. Ibnu Taimiyah RHM terdedah kepada banyak perbahasan ilmu, yang saya kira tidak perlulah saya buka ruangnya di sini. Ada yang menyokong, tidak sedikit juga yang menolak.
Demikianlah juga ilmu tauhid yang dibawa dan diwariskan oleh para ulama Asya'irah yang digunapakai sejak zaman berzaman dalam menjaga pemikiran umat dan menjadi perisai bagi menghadapi serangan kerosakan akidah sejak zaman berzaman.
Sebelum adanya ilmu tajwid, Nabi SAW dan para sahabat sudah membaca Al-Quran dengan sempurna panjang pendeknya, dengung dan izharnya, segala makhraj dan sifat hurufnya.
Lalu ilmu itu dibentuk bagi memudahkan para 'Ajam (orang bukan Arab) dan orang luar yang tiada latar belakang Arab dan ilmu qiraat untuk mempelajari membaca Al-Quran seperti yang dibaca Rasulullah SAW.
Demikianlah ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Tasawwuf, dan Akidah.
Saya cuba meletakkan kesemua perbahasan ilmu pada yang arif dan memahami kalam para ulama.
Saya hanya mahu memberikan sudut pandang bahawa untuk kita mempelajari agama secara terus daripada ayat Al-Quran dan hadis, ia adalah suatu kebodohan dan kemustahilan secara adat tanpa rujukan dan bimbingan daripada pewaris Nabi SAW dan para sahabat RA iaitu para ulama yang muktabar yang telah menjadi jambatan yang utuh antara kita dengan zaman Rasulullah SAW.
Oleh itu adalah suatu kebiadapan dan kebodohan jika kita kata kita mahu ikut Nabi SAW tetapi kita tidak mahu ikut apa ulama kata. Hakikatnya kita hanya mampu sampai kepada Nabi SAW melalui jalan para ulama, kerana merekalah yang mewarisi nubuwwah itu.
Adalah suatu kebiadapan juga apabila kita menyatakan tanpa sebarang segan silu bahawa sesetengah ulama itu bukan maksum seperti Nabi lalu segala kata-katanya yang dilihat bercanggahan dengan Al-Quran atau hadis, dicampak ke dalam tong sampah ibarat kata-kata orang bodoh.
Ini adalah kejahilan yang nyata, kerana martabat manusia selepas Nabi SAW tidak terkira banyaknya. Ada orang yang diterima khabarnya, dan ada pula yang memang tidak diterima. Sesuatu perkhabaran tidak hanya diukur pada khabar yang disampaikan tetapi juga pada mukhbir (orang yang menyampaikannya). Antara yang diterima atau tidak itu pun banyak martabat perbahasannya.
Oleh kerana itu, walaupun orang yang fasiq itu meriwayatkan sesuatu hadis yang sahih, riwayatnya tetap dianggap lemah dan tidak diterima, kerana penukil riwayat itu bermasalah.
Mengenai ilmu dalam memahami agama, akhirnya umat memerlukan dakwat-dakwat yang ditinggalkan oleh para ulama dalam kitab yang terdahulu, dan nafas-nafas mereka dalam suhbah (pergaulan) dan mulazamah (hidup berdampingan) dengan para ulama yang masih hidup.
Kitab mereka akan mengajar kita memahami sesuatu nas Al-Quran dan Hadis dengan betul. Nafas para ulama akan mengajar cara beragama dengan betul, iaitu dengan pembinaan jiwa, kemurnian kefahaman, memahami keluasan agama, akhlak yang murni, adab dan seumpamanya.
Jika ada lagi yang mencetus soalan nak ikut Nabi dan tak mahu ikut ulama (pewaris Nabi), saya nasihatkan anda tinggalkan orang ini kerana hakikatnya ia hanya pengikut syaitan dan hawa nafsunya kerana meruntuhkan jambatan menuju Nabi SAW.
Wallahua'lam bissawaab.
-----
Saya bersama sahabat sedang menjalankan kempen "Satu Keluarga Satu Ulama", kami sedang menubuhkan satu Maahad Tahfiz Turath Al-Juwaini yang berkonsep gabungan Tahfiz dan Turath.
Sila lihat link yang diberikan dan nyatakan sokongan anda.

Yang dizahirkan adalah ketidakpedulian, yang disimpan dalam hati adalah kebencian.
Video terbaru melawat Malaysia 2026 adalah satu 'tip of the iceberg' yang membawa mesej yang jelas bahawa 'mereka' sukakan dan cita-citakan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengikut citarasa mereka, bukan citarasa rakyat asal tanah Melayu.
Tak pelik tiada seorang pun yang bertudung elok, tiada satu pun songkok, sampin dan kopiah, serta tiada satu pun masjid terlihat dalam video itu.
Itulah hakikat cita-cita mereka.
Bagi kawan-kawan yang baru nak rasa jengkel, ketahuilah kejengkelan anda itu petanda wujudnya nadi kebangsaan yang murni, dan sensitiviti iman masih ada.
Dan ketahuilah, inilah salah satu petanda bahawa negara kita sedang terancam identiti kenegaraannya, dan kedaulatannya.
Wallahua'lam.

Turun Naik Ketamadunan Dalam Neraca Nabawi
Baru-baru ini saya duduk sejenak bersama sahabat-sahabat seperjuangan, menginsafi satu makna hadis Nabi SAW yang cukup besar maknanya buat kita semua, para pembawa agama dan pembina ummah.
Sabda Rasulullah SAW :
إنَّ لكلِّ شيءٍ إقبالًا وإدبارًا، وإنَّ لهذا البيتِ إقبالًا وإدبارًا، وإنَّ من إدبارِ الدِّينِ ما كنتم عليه من العمَى والجهالةِ، ومُخالَفةِ ما بعثني اللهُ به، وإنَّ من إقبالِ هذا الدِّينِ أن تفقهَ القبيلةُ بأسرِها، حتَّى لا يُوجَدَ فيها إلَّا الفاسقُ والفاسقان، فهما مقهوران ذليلان، إن تكلَّما قُمِعا وقُهِرا واضطُهِدا، ألا وإنَّ من إدبارِ هذا الدِّينِ أن تجفوَ القبيلةُ بأسرِها، حتَّى لا يُرَى فيها إلَّا الفقيهُ والفقيهان وهما مقهوران ذليلان، إن تكلَّما فأمرا بالمعروفِ ونهيا عن المنكرِ : قُمِعا وقُهِرا واضطُهِدا، فهما مقهوران ذليلان، لا يجِدان على ذلك أعوانًا ولا أنصارًا
Maksudnya :
"Sesungguhnya setiap perkara memiliki masa kejayaan dan masa kemunduran. Dan sesungguhnya rumah (Ka'bah ini) memiliki masa kejayaan dan kemunduran. Dan sesungguhnya salah satu tanda kemunduran agama adalah apa yang dulu kalian berada di atasnya berupa kebutaan (tidak memahami kebenaran) dan kejahilan, serta penyelisihan terhadap apa yang Allah telah utusku dengannya.
Dan salah satu tanda kejayaan agama ini adalah apabila FAQIHNYA suatu kabilah dalam memahami agama , sehingga tidak ditemukan di antara mereka kecuali satu atau dua orang yang fasik, dan keduanya pun tertindas dan hina. Jika keduanya berbicara, mereka akan dibungkam, dihina, dan dianiaya.
Ketahuilah, salah satu tanda kemunduran agama ini adalah apabila BODOHNYA suatu kabilah secara keseluruhannya (yakni dalam meninggalkan agama), sehingga tidak terlihat di dalamnya kecuali satu atau dua orang ahli fiqh, dan keduanya pun tertindas dan hina. Jika keduanya berbicara untuk memerintahkan kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka akan dibungkam, dihina, dan dianiaya. Keduanya tidak menemukan pendukung dan penolong untuk keadaan mereka." - HR At-Tabarani juzuk 8, m/s 234
Inilah neraca nabawi dalam pembinaan ketamadunan dan peradaban. Atas sebab itu membina generasi yang faham agama adalah suatu sebab yang utama untuk mengembalikan agama kepada kegemilangannya.
Atas semangat ini saya dan sahabat-sahabat seperjuangan bertekad melakar dan menelusuri jalan pembinaan para ulama', hingga menubuhkan sebuah maahad yang bercirikan pembentukan huffaz yang alim.
Semoga Maahad Tahfiz Turath Al-Juwaini yang dibangunkan menjadi salah satu batu asas membina sebuah generasi penyelamat umat di akhir zaman.
Pendaftaran masih dibuka, boleh ke link telegram untuk maklumat lanjut.
https://www.group-telegram.com/MaahadTahfizTurathAlJuwaini
Wallahua'lam bissawab.

Telegram
Maahad Tahfiz Turath Al-Juwaini (MTTJ)
Melahirkan Ulama' Mujtahid, Wara' & Kontemporari
InsyaAllah, pada malam ini saya akan bersama sahabat-sahabat dalam Techsamana pada jam 11.30 malam untuk 'podcast' mengenai pelancaran ulung UZMASAT-1 berkenaan isu-isu kenegaraan, kaitannya dengan pemikiran serta rangka syariah dalam memahaminya.
Siaran akan dibuat secara LIVE di channel-channel di bawah Techsamana.
Boleh lihat di pautan: www.group-telegram.com/techsamana

🔴 LIVE Audiosiar Pelancaran Satelit UzmaSAT-1: Langkah Malaysia ke arah Kuasa Nasional
FB - Techsamana
https://www.facebook.com/share/18ax59haiH/
YT - Pertiwi
https://www.youtube.com/watch?v=KF2EqRqknl8
YT - Pemikir
https://www.youtube.com/watch?v=40oCfrW9AfEYT
Slot saya jam 12.15 malam ini.

Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Forwarded from Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kenapa Islam menyuruh kita mengkaji alam? Sejauhmanakah kaitan sains dan ketuhanan? Apakah kehendak dan tujuan hidup sebenar manusia?
Jom dengarkan kupasan menarik oleh Ustaz Syamil Esa berkaitan persoalan-persoalan yang popular ini.
-----------------------------------------
Ikuti
Telegram MUIS : https://www.group-telegram.com/kalamsalafussoleh
FB MUIS : https://www.facebook.com/muafakatilmuanislam/
YouTube MUIS : https://bit.ly/muisTV
Tiktok MUIS : https://bit.ly/TTmuis
#SainsDanIslam
#MuafakatImuanIslam

Siapa-siapa yang ada di Kerdau, Pahang malam ini, jemput hadir.
InsyaAllah, saya akan menziarahi Kompleks Tahfiz Al-Qardhawi hari ini, mengambil barakah para guru, murabbi, asatizah dan penuntut ilmu.
Mudah-mudahan diberikan fath (bukaan) daripada Allah dan limpahan kurnia-Nya atas kemuliaan mereka.

Al-Quran dan Jihad, adalah lambang jatidiri umat ini
Suatu hari saya berbincang dengan salah seorang murabbi ummah ini iaitu Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin mengenai kemenjadian para mujahidin yang hari-harinya adalah harinya yang disediakan untuk bertemu Tuhannya.
Beliau mengenangkan syahidnya YS yang begitu membakar jiwa para umat ini untuk bangkit mempertahankan tanah air umat Islam, sekaligus mengangkat maruah kita yang telah lama jatuh di peringkat dunia.
Prof bertanya saya bagaimanakah mahu menghasilkan generasi begini?
Saya jawab : Nak tak nak, kita mesti bermula dengan Al-Quran, kita jadikan misi kita melahirkan generasi Al-Quran yang berjalan di atas muka bumi ini. Inilah yang dimulakan oleh Sh. Ahmad Yasin.
Lalu Prof menyambung : Benar, tapi bukankah sudah banyak pusat-pusat tahfiz yang melahirkan para huffaz? Saya kira kita mesti gandingkan Al-Quran ini dengan jihad dan perjuangan. Baru kita boleh membentuk saf para mujahidin yang Qurani pada masa akan datang.
Saya terdiam, dan sangat bersetuju dengan apa yang disebut oleh guru saya ini.
Benar, penghasilan para mujahidin mesti dimulakan dengan asas yang sahih (Al-Quran), di dalam satu lanskap kehidupan (perjuangan) yang sahih.
Dimulakan dengan Al-Quran, diakhiri dengan perjuangan di medan jihad.

Renungan menerobos dimensi
Dengan keseimbangan, alam ini bergerak.
Dengan pergerakan, alam ini seimbang.
Kesempurnaan perhambaan terbit apabila fahamnya seseorang hamba bahawa ia perlu sentiasa 'bergerak' agar memastikan jiwanya seimbang.
Dari sudut diri, seimbang antara rasa takut dan berharap.
Dari sudut ummah, seimbang antara rasa terancam dan tanggungjawab mendepani cabaran.
Sesiapa yang memahami sifir 'keseimbangan alam' ini akan mampu meneroka ke alam yang lebih tinggi.
Sepertimana apabila difahami teori graviti, manusia akan memahami bagaimana mereka boleh terbang ke langit tinggi.
Hakikat graviti adalah pada daya tarikan yang mengawal keseimbangan pergerakan semesta.
Suatu medan magnet yang mengikat, tetapi tidak menyekat. Tersusun dan teratur, tetapi tidak melebur. Masing-masing dengan kapasiti tersendiri, kelajuan tersendiri.
Persis seperti putaran bulan mengelilingi bumi, atau bumi mengelilingi matahari.
Segala aturan alam berdiri atas sunnah keseimbangan ini.
Demikian juga, segala taklifan Tuhan juga berdiri atas sunnah keseimbangan yang sama.
Kita fahami ekosistem alam, saling melengkapi satu sama lain, hingga berputar dan kembali pada satu titik yang sama.
Hakikatnya demikianlah juga ekosistem taklif rabbani, ia adalah satu pusingan yang menjamin keseimbangan alam malakut yang sempurna.
Segala arahan Tuhan pada manusia hanyalah satu bentuk yang lain bagi arahan Tuhan pada makhluk-Nya yang lain.
Di sisi kita para planet dan bintang sedang teratur mengikut aturan alam. Di sisi mereka, mereka sedang menjalankan arahan Tuhan.
Setiap makhluk tidak dicipta sia-sia. Setiap makhluk ada makna kebertuhanannya yang sendiri. Setiap makhluk ada ujiannya tersendiri. Setiap makhluk ada hisabnya tersendiri.
Tuhan itu, adalah Tuhan seluruh alam. Bukan sahaja Tuhan jin dan manusia. Sifat Tuhan itu, bukan hanya dipamerkan pada jin dan manusia.
Apabila dimensi al-khalq (penciptaan) difahami dengan kacamata dimensi al-amr (taklifan), pelbagai pintu-pintu alam malakut akan terbuka, sepertimana terbukanya pintu penemuan baru dalam alam al-mulk.
Syariat yang kita fahami bukan lagi menjadi suatu arahan Tuhan kepada hamba-Nya semata-mata yang berkisar halal dan haram.
Tetapi ia kini berubah menjadi suatu undang-undang kewujudan, yang membawa natijah yang lebih dahsyat daripada sekadar 'keuntungan akhirat', iaitu kemusnahan ekosistem alam itu sendiri.
Lebihnya manusia adalah kerana ia memahami perkara ini, lalu Tuhan mewakilkannya bagi menyempurnakan keseimbangan dua alambitu, alam mulk dan malakut, di atas satu pertimbangan yang sempurna.
Atas sebab itu, Dia menyatakan :
'Dan langit itu, Dialah yang mendirikannya, lalu Dia menetapkan mizan (penimbang). (Maka dengan yang demikian itu) Agar kamu tidak berlaku zalim terhadap mizan itu' - Surah Ar-Rahman, ayat 7-8
Kesemuanya itu, adalah satu perjuangan dalam menyempurnakan dan mengharmonikan dua alam ini, lalu dijadikan sebagai satu bentuk 'sembahan agung' untuk dihadapkan kepada Tuhan sekalian alam.
Persis seperti kata-Nya ;
"Ketahuilah bagi-Nya segala penciptaan dan pengarahan, Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam" - Surah Al-A'raaf, ayat 54